Wang
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Malah ada yang beranggapan
wang adalah segala-galanya dalam kehidupan. Bagi sesetengah manusia pula sering
menyamakan kejayaan dalam hidup adalah tentang wang ringgit semata-mata dan
menyangka semua masalah boleh diselesaikan
jika mereka mempunyai wang yang banyak. Tanggapan salah begini harus
dikikis dalam setiap manusia kerana pergantungan kewangan bukanlah semata-mata
membabitkan jumlah wang di tangan seseorang tetapi perkara yang paling penting
adalah kebijaksanaan seseorang menguruskan wang tersebut.
Kebanyakkan
masyarakat sekarang berasa sukar untuk hidup sekadar mampu kerana terpengaruh
dengan budaya lemah pengguna masa kini seperti penyediaan kemudahan kredit yang
menjerat dan pengaruh iklan yang meransang pengguna agar terus membeli sehingga
terus menerus mengamalkan budaya berhutang. Sesetengah masyarakat cenderung
berbelanja mewah untuk mendapatkan sesuatu dan tidak sabar untuk mendapatkan
lebih banyak wang dalam masa yang singkat hingga terperangkap dalam skim cepat
kaya.
Blog
Panduan Urus Wang ini adalah panduan umum untuk pengguna belajar cara menguruskan
wang secara bijaksana. Blog ini sedaya upaya mengupas pelbagai aspek kewangan yang berhubung dengan pengguna,
cara membuat belanja diri dan keluarga, ilmu cara menyimpan wang, panduan
membeli belah, panduan membeli rumah, kereta, kos perubatan, kos guaman,
membayar cukai pendapatan, info-info tentang insuran dan banyak lagi akan
dikupas dalam blog ini.
Akhir
sekali, diharapkan blog ini dapat membantu anda menguruskan wang dengan lebih
bijaksana dan dapat menilai kelemahan dalam sistem kewangan yang boleh
membebankan diri kita.
No comments:
Post a Comment