# ANGGARKAN JUMLAH PENDAPATAN ANDA
Anggaran yang dimaksudkan adalah gaji yang dibawa pulang
selepas menolak cukai, KWSP dan PERKESO, tambahan wang yang diperolehi seperti
sewa bilik di rumah anda, faedah yang dibayar ke atas simpanan, deviden
daripada pelaburan, komisen daripada kerja lebih masa atau apa sahaja sumber
yang boleh ditambah kepada pendapatan yang boleh dibelanjakan.
# AGIHKAN PERBELANJAAN
Untuk membuat perancangan kewangan yang baik adalah perlu
mengagihkan perbelanjaan mengikut perbelanjaan harian, bayaran tetap sekali gus
dan bayaran sekali sekala secara sekali gus.
Perbelanjaan harian ini perlu meliputi barangan makanan,
minuman, barangan yang dapur dan petrol.
Manakala bayaran tetap sekali gus adalah seperti bayaran
bulanan (seperti premium insurans nyawa, bil elektrik dan air, ansuran pinjaman
kereta), simpanan bulanan untuk tabung kecemasan dan pendidikan, dan bayaran
tetap tahunan seperti cukai jalan dan premium insurans kereta.
Seterusnya, bayaran sekali sekala secara sekali gus seperti
membaiki kenderaan rosak, peralatan rumah rosak atau percutian keluarga.
Perbelanjaan seperti ini berlaku sekali sekala dan corak penggunaannya agak
berbeza daripada tahun sebelumnya.
# SENTIASA SEMAK BELANJAWAN SETIAP BULAN
Menyemak belanjawan setiap bulan adalah amat penting kerana
sebahagian daripada anggaran itu boleh berubah mengikut keadaan. Contohnya jika
seseorang hilang pekerjaan maka perlu merancang perbelanjaan baru atau
mengubahsuai perbelanjaan sedia ada. Tetapi jika masih bekerja, seseorang itu
hanya perlu mengemas kini perbelanjaannya. Oleh iitu, semak dan kemaskini
perbelanjaan anda dari semasa ke semasa seperti 3 bulan sekali.
Dengan merancang perbelanjaan ini sudah pasti anda akan
tahu ke mana wang gaji dibelanjakan. Selain itu, anda boleh mengurangi
pembelian yang tidak perlu dan menambah simpanan untuk masa mendatang.
No comments:
Post a Comment